Total Pageviews

Sunday, January 6, 2013

Apa beza kad ATM dengan Debit Master card?


Pagi ni cikjejah nak share satu bende hal ni....mula2 cikjejah pon konfius jugak..tapi bila lelama baca n membaca baru paham...meh cikjejah stori..
sebelum anda memohon  untuk mendaftar online banking, anda mestilah mempunyai Akaun Bank CIMB terlebih dahulu kerana tidak ada akaun cimb bank anda tidak akan dapat mendaftar untuk online banking.

Sila buka akaun baru cimb bank anda di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. Untuk membuka akaun bank cimb yang baru, anda perlu sediakn RM50 sahaja untuk membuka akaun baru.

Murah bukan? Tetapi pastikan anda memberitahu kepada pihak bank bahawa anda ingin membuka akaun Debit Mastercard.

Jika anda tidak memberitahu kepada mereka akaun apa yang ingin dibuka, anda akan diberi akaun untuk kad ATM. Kad ATM tidak dapat digunakan untuk mendaftar online banking.

Peberzaan diantara kad Atm dan Mastercard Debit ialah logo yang terdapat pada kad cimb bank anda. klik di sini http://www.cimbbank.com.my/index.php?ch=cb_per_db&tpt=cimb_bank
penggunaan kad debit ini adalah sama sahaja dengan kad atm biasa iaitu anda masih boleh mengeluarkan wang anda di mesin ATM di pusat bank Cimb. Wang anda juga tidak ditolak oleh pihak bank setiap tahun dan juga tiada caj tambahan. Cuma perbezaan kad debit ini dengan kad ATM ialah kad debit mempunyai kelebihan untuk transaksi secara online.
Yang penting sumer kegunaan nya sama seperti kad ATM CIMB Bank yang biasa kita guna… jadi tak perlu risau pasal INTEREST BANK yek… beberlanja apa bila duit dalam BANK ada jer…
Sekarang dah boleh membeli belah di mana-mana kedai kompleks membeli belah yang ada logo MASTERCARD!!

sebaik sahaja anda sudah mempunyai mastercard Debit sila ikut arahan yang disuruh pekerja cimb bank iaitu menukar Pin anda di mesin ATM ke Pin milik anda. Jangan dedahkan pin anda kepada sesiapa kerana ia password anda untuk mengambil wang dan mengeluarkan di mesin ATM.



Sebelum anda mengeluarkan kad anda dari mesin ATM sebaik sahaja anda menukar Pin Code anda, anda perlu mendapatkan No Pin untuk Cimblick.com.my di mesin ATM menggunakan Kad Debit anda.



Dalam bahasa inggeris, sila klik pada > OTHER > CIMBCLICKS > CIMB CLICKS E-PIN . Di dalam bahasa malaysia pula sila klik > LAIN-LAIN > CIMBCLICKS > CIMB CLICKS E-PIN (Sila ikut turutan untuk klik) dan masukkan 6 digit E-PIN yang baru mengikut pilihan anda (pastikan tidak sama dengan Pin Kad Debit anda). Masukkan untuk kedua kali seperti yang disuruh untuk kepastian.



Amaran, anda perlu ingat nombor pin yang anda telah taip untuk E-PIN tersebut. Setelah anda selesai memberikan no E-PIN untuk cimbclicks, pada skrin yang seterusnya anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon bimbit anda. 
Tujuan nombor telefon ini perlu diisi adalah untuk mendapatkan no TAC iaitu sebagai keselamatan membuat transaksi ataupun membuat pembayaran secara online di akaun CIMBCLICKS anda nanti.



Keluarkan kad ATM anda seperti biasa dan selesai. 

Cara Mendaftar Akaun Cimbclicks Untuk Debit Mastercard

Sekarang anda telah selesai untuk langkah yang seterusnya iaitu mendaftar akaun di cimbclicks.com.my. Di depan laptop atau komputer anda. Jadi sila ke Laman web Rasmi Cimb bank iaitu cimbclicks.com.my

Seterusnya anda akan dipaparkan dengan laman web seperti gambar 1:

sebaik sahaja laman web sudah muncul, anda sebagai pengguna baru cimbclick sila klik pada Sign Up Here! Seperti yang ditunjukkan pada gambar 2:

selepas anda klik, anda dibawa ke bahagian First Time Login dan gambar akan kelihatan seperti gambar 3. Sila ikut arahan yang disediakan pada gambar 3 tersebut.

1. Isikan pada bahagian Bank Card/ Credit No dengan no Kad Debit anda yang tertera pada Debit Mastercard anda.

2. bahagian E-Pin ialah no E-Pin yang anda telah buat di mesin ATM tadi.

3. Cimb click ID pula ialah nickname yang anda mudah diingati.  Cimb Click ID ini akan digunakan untuk ada Log In akaun anda. (pastikan anda ingat)

4. Cimb Click Password ialah password yang akan anda gunakan untuk log in ke akaun cimbclick anda sahaja. pastikan tidak sama dengan no password di mesin atm.

5. Seterusnya letak email anda yang ada sekarang. Pastikan anda email yang sah. ini adalah untuk tujuan pengesahan akaun online nanti.

6. Secure Word pula anda boleh letakkan sesuka hati asalkan anda ingat. contohnya, Pisang.


Pada gambar 4, sila abaikan bahagian ini. Bahagian ini anda tidak perlu isi:


pada gambar 5, sila click Accept dan Submit. Jika anda tidak dapat click submit, sila pastikan maklumat yang anda isi terlebih dahulu tadi adalah betul.

saya tidak pasti samada selepas klik submit ini, adakah anda akan disuruh untuk memeriksa email. kalau ia, sila ikut panduan dibawah.

Sebaik sahaja anda sudah click submit, anda akan diminta untuk memeriksa email yang anda gunakan tadi untuk mendaftar di CIMBCLICKS.

Sila periksa email anda untuk mengesahkan akaun cimbclicks anda. Click seperti yang disuruh pada email yang diberikan kepada anda oleh pihak bank.

Sekarang anda secara rasminya telah memiliki akaun cimbclicks.
kredit to youngmaster.com


Saturday, January 5, 2013

Kenapa kita perlu ada Blog?

1st entry ni cik jejah nk kongsikan tentang kebaikan & keburukan blog ni pada kita semua.
walaupun telah banyak blogger lain yang buat entry tentang tajuk ni..tapi cikjejah cuba jugak kongsikan ttg info ni..hihi..nk jugak..sebab musababnya adalah cikjejah penah buat assignment ttg isu ni jd adalah sikit info yang agak-agak cik jejaj boleh di war2kan... 
Jadi kita mulakan dengan sejarah Blog...

Apa itu Blog?


  • Blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online...nile tujuannya cik jejah ade blog..hihi
  • Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen. jadi pembaca budiman rerajinle pasni tinggalkan komen yer...Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris). 
  • Dulu juga dikenali sebagai jurnal atau diari online yang lebih fokus kepada berkongsi pendapat peribadi, pengalaman & pengetahuan dalam sesuatu bidang. 
  • Tapi, sekarang orang lebih fokus kepada blogging sebagai suatu pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan secara konsisten & atau sampingan.

Pendek kata, blog ni boleh jadi apa-apa sahaja yang kita inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ni ialah satu laman web untuk kita membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini...Entry...Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e mel kepada anda. 

Kebanyakan blog ni dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri kita sendiri macam tujuan kita ade blog nila..contohnya kita fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog, blog video, blog mp3, podcasting. Blog ni kadang2 salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa. Blog sekarang mudah untuk dibuat & diurus sebab penyedia blog seperti wordpress, blogger.com telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang lebih kurang macam Microsoft Word jakk..


Jenis blog

Mempunyai  3 jenis blog:
  • Vlog (Video blog) – Blog yang berunsurkan video , seperti youtube dan metaface
  • Podcasting (Audio blog) – Blog yang berunsurkan rakaman bunyi seperti mp3
  • Photoblog(Photograph) – Blog berunsurkan himpunan gambar,sepert fotopage dan flickr

Kategori Blog
  • Blog peribadi (Personal blog) – Blog yang tiada fokus menceritakan tentang sesuatu perkara dan  kebanyakkannya lebih kepada pandangan, kisah peribadi penulis blog.
  • Blog perniagaan (Business blog) – Blog ini fokus kepada mencari pelanggan untuk menjual barang atau perkhidmatan secara online.
  • Blog Informasi (Content blog) – Blog yang lebih kepada menyampaikan informasi tertentu bertujuan untuk mendapatkan pendapatan melalui program affiliate seperti adsense dan lain-lain.
sudah baca post di atas ni ttg fungsi blog ni..ok tak?hihi..ini cik jejah amik dr assignmnet cik jejah..dah hantar..harap2 dpt A++++..ameen..  bila kita ade create blog lepas tu kita tanya plak..nak tulis ape ni..kosongla , blur la..cik jejah pon mula2 dlu rase mcm tu jugak..tapi anda boleh ikut tips di bawah ni utk hilangkan kebluran anda...

Bagaimana Memilih Topik
 
  Tulis mengenai sesuatu yang diminati
  Tulis mengenai perkembangan perniagaan anda
  Tulis mengenai apa yang anda fikir
  lakukan Buat pemerhatian tentang perkara disekeliling anda

Apa Yang Hendak Ditulis 

Bidang yang diminati
Resepi makanan
Fesyen terkini
Tips Kecantikan
 Penyelesaian masalah
Cerita harian

Diantara kelebihan & keburukan blog ialah...mungkin apa yg cikjejah tulis mungkin sama dengan pandangan dari blogger yang lain....sbb cikjejah pon tanya dgn en GOOGLE jugak..sebab kebaikan & keburukannya ni sama jaa...mungkin ia berbeza dari segi pandangan dan bahasa yg cik jejah paham jaa..

Kelebihan menggunakan blog berbanding laman web yang biasa:
  • Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat ejen carian @ search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini...mcm kita nk cari tentang tajuk ape..taip ja...di google pastu kuarla senarai blog yg buat entry pasal isu yg kita cari tu..kn senang..hihi
  • Isi kandungan - Kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut
  • Pengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - kita tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog sendiri. kita boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka..Tapi kalu kita nak blog kita berbeza n lain dari yang lain kita kena belajar la sikit2 pasal bende ni..alah basic ja..
  • Maklumbalas daripada pembaca - dengan adanya kemudahan "comment", kita boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca mengenai sesuatu topik yang diperkatakan


 Diantara Kesan2 adalah berlainan mengikut pola masyarakat kita..bagaimana kita melihat dunia blog ni samada negatif @ positif..




Kesan Blog Pada Individu


  •  Dapat Berkongsi Maklumat
 Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”.  Secara tidak langsung ini juga dapat menambah pahala. Contohnya guru-guru yang mempunyai blog peribadi yang berkomunikasi dengan pelajar mereka dengan memberi tips dalam pembelajaran mereka.Sekiranya kita membuat entry berkongsi berkenaan tips atau sedikit ilmu berkaitan apa sahaja yang kita ketahui seperti resepi masakan, tutorial berkaitan edit blog, info pasal mengandung atau menyusukan anak atau apa sahaja. Penulis Blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain. 
  • Dapat Menambah Kenalan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”. 
  •  Boleh Menjana Pendapatan

Kita boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.

  • Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Ini termasuk juga guru-guru yang ingin memantapkan lagi cara penulisan mereka.Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
  •  Mengisi masa lapang
Dengan berblog kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Contohnya bagi Surirumah tangga sebelum ni rutin mereka hanya menguruskan rumahtangga sseperti mengemas rumah, memasak, menjaga anak, menonton television dan sebagainya , tapi sekarang mereka dapat menambah aktiviti dengan berblog.


kesan Blog Pada Masyarakat
  • Berkongsi Maklumat Terkini - Dapat memberi nilai  tambah dalam masyarakat         
Zaman sekarang ni informasi di hujung jari. Internet menjadikan jaringan penyebaran maklumat dan informasi sepantas kilat. Lagi-lagi sekarang ni, bukan komputer sahaja yang boleh akses internet, malahan telefon bimbit turut d bekalkan talian internet. Kalau pada satu masa dulu masalah yang sering timbul adalah kita susah nak dapatkan maklumat, tapi pada zaman sekarang, masalah baru yang timbul, iaitu terlalu banyak sangat maklumat , sampaikan kita sendiri jadi keliru dan tak tahu mana satu yang kita perlu ikut. Mana satu yang betul dan mana satu yang palsu sebab kedua-duanya nampak macam boleh dipercayai.
Jadi dengan adanya  kelajuan internet yang semakin hebat. Gadget-gadget yang boleh akses internet menjadi semakin banyak. Semua ini tidak memberi sebarang makna, jika tidak ada orang yang boleh berkongsikan maklumat dan informasi dalam medium yang boleh dicapai dan dibaca oleh orang lain. Walau secanggih  mana sekalipun teknologi sekarang, kita tetap perlukan someone untuk siarkan sesuatu informasi dalam laman web ataupun blog, dengan ini barulah kita dapat manfaatkan maklumat yang kita cari itu.
Walaupun ada ramai orang yang boleh memainkan peranan tersebut, namun tanggungjawab tersebut selalu digalas tanpa sebarang kompromi oleh individu yang menyandang gelaran sebagai blogger ataupun penulis blog. Jika sebelum ini anda banyak bergantung pada google setiap kali anda perlukan jawapan untuk masalah anda, besar kemungkinan anda juga sudah pernah berinteraksi dengan seorang atau dua orang penulis blog bagi menyelesaikan masalah anda. Mungkin interaksi yang berlaku bukanlah dalam satu keadaan yang memerlukan anda face to face, tetapi ia tetap digolongkan sebagai suatu proses interaksi.
  •  Penapis Maklumat - Memberi kuasa yang lebih kepada pengguna dan pembeli produk
Jika kita teliti memang terlalu banyak maklumat yang kita boleh perolehi dari internet. Tetapi sejauh mana semua maklumat tersebut tepat.Kita pun tidak pasti. Contohnya seorang internet marketer yang mengeluarkan sesuatu produk dalam bentuk ebook yang dikatakan sangat mujarab dan boleh bantu kita menjana pendapatan bulanan sehingga RM1,000 – RM3,200 sebulan secara konsisten hanya dengan menjual mainan di ebay. Jadi bagaimana kita hendak tahu sama ada produk tersebut benar-benar berkesan atau tidak. Adakah kita patut beli dulu kemudian  baru kita menyesal apabila kita mendapati produk tersebut tidak sesuai dengan kita, dan kita tidak dapat menghasilkan wang seperti yang di iklankan.Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku pada kita. Jadi sebagai langkah permulaan kita google dan kita cuba dapatkan review daripada pengguna yang pernah membeli dan sudah mencuba produk tersebut.
Jika kita rasakan konsep bisnes tersebut sesuai dengan kita, iaitu tak menggangu masa senggang dan kita rela hati hendak menjalankan bisnes itu, maka kita boleh membeli produk tersebut. Jika tidak, jangan membeli nanti membazir sahaja dan tiada kebaikan yang akan kita dapat. Blogger atau penulis blog yang menulis review sesuatu produk telah memudahkan kerja-kerja kita untuk buat keputusan sama ada perlu membeli atau tidak. Jika blogger tersebut tidak pernah membeli atau tidak pernah membaca, macamana mereka hendak buat review dan hendak tapis maklumat itu.
  •  Media Alternatif - Menyediakan pelbagai penyelesaian masalah yang kreatif dalam  masyarakat
Pada zaman sekarang, kita tidak boleh hanya bergantung dengan media arus perdana sahaja. Contohnya bila tiba musim tertentu, seperti pilihanraya. Terdapat pelbagai spekulasi yang disebarkan, akhirnya kita juga yang keliru. Disini peranannya blogger. Kita perlu mencari blogger yang benar-benar ikhlas menulis kebenaran dan bukannya menulis atas sebab perkara lain. Mereka menulis dengan ikhlas dan menceritakan kedudukan sebenarnya dan perkara-perkara yang terjadi. Mereka juga boleh melaporkan kejadian yang sebenarnya menerusi blog mereka.
  • Dapat Memecah belahkan masyarakat / negara
Sebagai rakyat yang tinggal di dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini.  Isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan di hadapi oleh masyarakat dan negara khususnya. Isu-isu ini boleh mengguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah negara. 
  • Alat Untuk Menjatuhkan Seseorang
Ini salah satu kesan buruk memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang terlibat di dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Pelbagai maklumat peribadi di paparkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut. 
  •   Memberi  Maklumat Palsu
Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar adalah palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada di sedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa membuat siasatan akan kesahihah maklumat tersebut.  Apabila ianya telah dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya memberi impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut.

Kesan Blog Pada Negara
  • Blogger Sebagai Duta
Menjadi seorang penulis blog, kata-kata kita didengari dan ia bergerak dari satu jiwa ke jiwa yang lain. Pemimpin negara kita pun ada blog sendiri. Lihat Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Tun Razak menerusi blog beliau 1Malaysia.com.my. Perdana Menteri kita menerusi blognya, beliau menjadi duta bagi mewakili rakyat Malaysia. Pemimpin dunia yang lain mungkin akan melihat blog beliau dan mereka boleh menilai sendiri bagaimana keadaan di Malaysia menerusi penggunaan kata-kata yang tercatat dalam blog beliau.
Begitu jugak dengan diri kita, menerusi blog kita ini juga, secara tak langsung kita juga telah menjadi duta. Setiap apa yang kita keluarkan dalam blog kita, semestinya kita sedang mempromosikan sesuatu. Contohnya adakah kita sedang mempromosikan semangat jihad menentang keganasan Israel? Atau kita sedang mempromosikan keindahan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Ataupun kita sedang sibuk mempromosikan material-material tertentu demi untuk kepentingan peribadi. Apa yang pasti setiap perkongsian yang kita catat dan keluarkan menerusi blog kita bakal mengundang sesuatu impak sama ada positif atau negatif, sama ada dengan atau tanpa niat.
  •  Dapat Menjatuhkan Negara
Sebagai Penulis blog atau Blogger setiap apa yang di tulis akan di baca oleh semua lapisan masyarakat samada di Malaysia atau di seluruh dunia. Jadi jika maklumat atau berita yang kita tulis itu tidak benar,hanya berunsur fitnah atau hanya provokasi berdasarkan pemikiran sahaja maka kesan kepada pembaca yang tidak tahu apa-apa tentang informasi tersebut akan memandang serong kepada negara kita atau mereka membuat spekulasi yang buruk terhadap negara kita melalui pembacaan mereka di internet. Contohnya seperti Perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.
  • Boleh mengancam pentadbiran Negara
Peranan Blogger ataupun penulis blog ini boleh memanipulasikan pentadbiran sesebuah Negara yang mana ia di gunakan sebagai senjata yang boleh menjatuhkan pemimpin negara. Apabila blogger-blogger amat berkuasa sampai dapat mengupas sesuatu isu dan ia senjata paling tajam sewaktu pelihanraya dan alat menaikkan semangat juang kepada sesetengah mereka yang ingin gulingkan kerajaan. Di mana blogger atau penulis blog ini mencipta ruang untuk mengkritik pentadbiran negara. Seperti yang terjadi kepada penulis blog Pengendali lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang didakwa atas tuduhan menghasut dan ditahan di penjara Sungai Buloh kerana enggan membayar ikatjamin, menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat. Dimana Raja Petra menyiarkan dalam lamanwebnya artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell', yang didakwa mengaitkan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
  •  Meningkatkan Industri Pelancongan Negara
Jika kita hendak melancong, atau melawat ke sesuatu tempat,sudah pasti kita mahu tempat yang terbaik , selesa,cantik , pemandangan yang indah dan berbaloi dari segi harga yang kita bayar. Jadi sebelum kita menempah bilik ataupun tiket penerbangan ke destinasi yang di ingini sudah tentu kita akan mencari sebanyak mungkin maklumat tentang tempat tersebut sebelum kita bertolak. Dengan adanya blog penulis blog samada penulis blog fotografi atau blog harian akan membuat entry tentang percutian mereka di sesuatu tempat yang di kunjungi mereka di blog dan mereka berkongsi maklumat tentang semua perkara termasuk harga blik,persekitaran,perkhidmatan dan sebagainya. Jadi jika entry tersebut di baca oleh warga asing mungkin mereka akan tertarik untuk datang ke negara kita.

wahhhh...panjang lebar 1st entry dari cikjejah ni kalini..maapla..utk post pertama exsaited sikit..hihi..
kepada sesiapa yang nak share n copy di silakan ..jgn malu2...tp minta jasa baik..tolong kredit ke blog ni ye....TQ kerana sudi membaca n melawati blog cikjejah ni..